ShareThis to the world!

Tanjung Balai, Kampung Nelayan Dan Tarikan Seks

Ketika siang hari, kawasan Tanjung Balai tidak ubah seperti sebuah perkampungan nelayan yang sibuk tetapi selepas malam menjelma, ia berubah dengan pelbagai warna-warni, dek kerana tarikan seks yang ada di sana.
Dengan lokasinya yang hampir dengan Pelabuhan Klang seberang Selat Melaka, ia menarik ratusan orang setiap hari.
Lokasi ‘panas’ itu, menurut laporan The Star online terletak di tebing bahagian barat Sungai Asahan yang mudah untuk dituju dengan bot, menjadikan ia lokasi kegemaran mereka yang bergerak dari Malaysia.
Sebahagian pengunjung tiba di sana dengan menggunakan feri kira-kira lima jam perjalanan dari Pelabuhan Kelang dan sesetengah darinya memilih cara yang dilarang dan kurang selamat iaitu dengan menggunakan tongkang.
Tanjung Balai merupakan pusat transit paling digemari dari seluruh Sumatera untuk ke Malaysia, khsusnya mereka yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Laporan itu memetik seorang warga Indonesia, Ardith, 34, yang berkata kurangnya penguatkuasaan undang-undang menjadikan Tanjung Balai menjadi pilihan mereka yang mahu menjalankan aktiviti haram.
“Di sini semuanya wang, anda boleh dapat apa sahaja yang anda mahu, wanita, dadah atau
apa sahaja asalkan ada wang yang cukup,” katanya.
Ketika waktu siang, jalan raya di Tanjung Balai dipenuhi motosikal dan beca manakala nelayan tempatan menjual hasil tangkapan di tepi jalan.
Gudang besar kepunyaan peribadi berdekatan sungai menjadikan jenayah penyeludupan manusia dan barang begitu mudah serta berleluasa.
“Tidak banyak yang pihak polis boleh lakukan,” kata Ardith.
Menjelang malam, Tanjung Balai menjadi hidup dengan ramainya orang lelaki muda memenuhi jalan raya dan bar di sana.
Seorang lagi warga tempatan, Indera, 38, berkata kebanyakan pelancong ke Tanjung Balai ialah dari Malaysia dan Singapura yang mahu mencari seks murahan.
Video dibawah dipetik dari YouTube menunjukkan suasana di sekitar Tanjung Balai pada tahun 2012 oleh pelancong yang merakamkan visual berkenaan.
“Pada mereka, semuanya murah dan mereka datang ke sini untuk dilayan seperti raja,” kata Indera. 



MYNEWSHUB.MY
Oleh : IKA
*Gambar hiasan

0 Komentar untuk "Tanjung Balai, Kampung Nelayan Dan Tarikan Seks"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info