ShareThis to the world!

‘Aku nak pergi mati’

Georgetown: “Bapa sudah mau (mahu) mati”, itu kata-kata terakhir seorang lelaki kepada anak perempuan sulungnya sebelum dia ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Cheang Kam Tak, 50, yang juga tukang perabot maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan, selain patah kaki kiri.
Anaknya yang enggan dikenali berkata, sejam sebelum kejadian, bapanya keluar berseorangan kerana mengadu mengalami sesak nafas dan pergi ke sebuah klinik di Air Itam, di sini.

“Bapa kemudian pulang dan keluar semula sebelum memberitahu saya yang dia mahu mati.
Foto
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat mayat mangsa ditemui.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana bapa selalu memberitahu yang dia mahu mati kerana mendakwa mempunyai hutang dengan along,” katanya.







sumber:mymtero.com

Related Post

0 Komentar untuk "‘Aku nak pergi mati’"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info