ShareThis to the world!

Imbas Kisah Lama Boleh, Jangan Ada Cerita Lain Pula – Erra Fazira

Awie dan Erra memang satu nama yang cukup gah satu ketika dahulu. Percintaan mereka menjadi bualan ramai. Walaupun tidak berakhir dengan perkahwinan, kisah cinta mereka sememangnya wajib diketahui semua orang ketika itu lebih-lebih kalau anda pengikut setia filem Sembilu. Kini bahagia dengan kehidupan masing-masing, Awie dan Erra kembali bergandingan dalam sebuah filem yang bertajuk Warna Cinta Impian.
awie dan erra
Teringat Abang Nara apabila mendengar lagu Tragedi Oktober nyanyian Awie, memang terasa ‘feel’nya. Penuh jiwa raga betul nyanyian Awie tue yang menyesali percintaannya dengan Erra berkubur. Walaupun kini Awie juga menghadapi masalah rumah tangga, namun Erra menolak untuk digosipkan dengan Awie sekali lagi. Namun kalau nak imbas kenangan silam tak apa. Kata Erra:-
Kalau setakat imbas (kisah lama) saya tak apa, saya tak kisah. Tapi diharapkan janganlah nanti ada cerita lain pula. Perkara yang lepas biarlahh lepas.
Jangan la ada gosip… faktor usia tidak lagi mengizinkan untuk timbul lagi gosip-gosip tentang kami.
Kami sudah cukup profesional. Saya hormati Awie dan dia juga hormati saya. Harapnya tiada cerita lain selain cerita kerja, ya
awie dan erra
Fuh~~ Cuba bayangkan kalau cinta Awie dan Erra kembali bertaut selepas berpuluh tahun. Memang havoc habis dibuatnya. Walaupun itu bukan mustahil, Abang Nara tak jangka ia akan berlaku. Awie dan Erra masing-masing sudah dewasa dan mahu fokus terhadap keluarga masing-masing walaupun kedua-duanya ada masalah dalam perkahwinan. Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Mungkin satu hari nanti ada ada lagu versi gembira “Tragedi Oktober”. Siapa tahu kan?
0 Komentar untuk "Imbas Kisah Lama Boleh, Jangan Ada Cerita Lain Pula – Erra Fazira"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info