ShareThis to the world!

Lelaki bunuh diri di kompleks beli-belah Bangsar Shopping Center


                                                                       Lelaki bunuh diri di kompleks beli-belah Bangsar Shopping Center
Berita mengenai seorang lelaki berumur 26 tahun yang dilaporkan terjun dari tempat tinggi di sebuah pusat membeli belah Bangsar Shopping Center (BSC) di Kuala Lumpur beberapa jam lalu kini tersebar luas di laman media sosial.
Kebanyakan pengguna Internet mula berkongsi berita tentang insiden tersebut di laman Twitter masing-masing.
Mangsa, Alif Alexandre Faizal Weber, dipercayai terjun daripada tingkat empat pasaraya berkenaan dan kemudiannya jatuh di hadapan premis Morreli Gelato kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Lelaki itu dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penolong Ketua Pesuruhjaya Polis Brickfields Muhammad Az-lee Abdullah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Beliau juga berkata Alif yang merupakan pelajar universiti selama dua tahun sebelum gugur taraf, serta menghadapi gangguan psikologi.
Dalam mesej Whatsapp, Az-lee berkata Alif menghadapi gangguan psikologi selama setahun sebelum mula mendapatkan rawatan.
"Dia tidak bekerja and menghabiskan semua masanya dengan ibunya, walaupun untuk beriadah atau aktiviti lain."
Dua orang staf Bangsar Shopping Centre ternampak ibu Ali cuba menghalangnya daripada terjun, tetapi gagal.
Mayat Alif dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. – 16 Julai, 2014.






sumber: malaysianinsider.com

Related Post

0 Komentar untuk "Lelaki bunuh diri di kompleks beli-belah Bangsar Shopping Center"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info