ShareThis to the world!

Pendedahan wajah sebenar Ramlah Zainal, kekasih baru Jamal Abdillah

 Sebelum ini Raja Pop negara, Dato' Jamal Abdillah pernah digosipkan bercinta dengan anak didiknya, Nas Adila namun khabar angin itu berlalu begitu sahaja kerana kedua-dua pihak menafikan ada menjalinkan sebarang hubungan cinta.

Lebih menguatkan penafian ini ialah pengakuan penyanyi Aliff Razali, teman lelaki sebenar Nas Adila yang mereka bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Begitupun janji itu sehingga kini belum menjadi kenyataan mungkin kerana mereka masing-masing sibuk.

Berkenaan Jamal Abdillah pula, portal murai telah berkongsi satu artikel yang mendakwa penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wartawan hiburan harian metro iaitu Ramlah Zainal. Orangnya memang manis dan cantik malah sering menjadi rebutan ramai lelaki kacak di luar sana.

Ramlah pernah berkahwin sebelum ini namun jodoh dengan suami tidak panjang kerana Allah lebih menyayanginya. Jom layan gambar wajah sebenar wanita bertuah ini di bawah.


Related Post

0 Komentar untuk "Pendedahan wajah sebenar Ramlah Zainal, kekasih baru Jamal Abdillah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info