ShareThis to the world!

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Esok

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 28 Julai 2014,” katanya.
Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. – BERNAMA
0 Komentar untuk "Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Esok"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info