Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai menteri besar baru Selangor.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.
"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.
Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat anggota jawatankuasa Pusat PAS pagi ini.
"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.
Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru.
Bagaimanapun, Pakatan akhirnya hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak istana.
Sebelum ini, ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani SD menyokong Wan Azizah ketika parti itu masih lagi menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, Saari Sungib kemudiannya menjelaskan bahawa kehadirannya di sidang media bersama Wan Azizah itu, bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Khalid,
Sementara itu, dalam sidang media tengah hari ini, Mustafa turut membacakan kenyataan iringannya tentang pelantikan menteri besar Selangor.
"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untik menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya.
ShareThis to the world!
Related Post
Rakaman tunjuk kemaluan dalam keretapi viral RICHMOND - VIRGINIA. Seorang wanita berusia 33 tahun bertindak pantas merakamkan aksi seorang lelaki yang dikatakan me…
5 Perkara Yang Berlaku Kepada Otak Semasa Melayan Video Lucah Tahukah anda, apa yang berlaku pada otak ketika melihat adegan seksual atau lucah? Ini berita buruk bagi yang suka me…
Wanita Bonceng Motor Dengan Bukan Muhrim Dipantau KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus di …
Isteri Hanya Tahu Suami Dibakar Hidup-Hidup Melalui FB SEDIH…sampaikan rasa macam tak sampai hati kami mahu menulis artikel ini. Ia berkaitan kisah malang yang menimp…
JURUTERA MALAYSIA RAKAM AKSI SEKS DENGAN 31 KANAK-KANAK LELAKI SINGAPURA: Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun …
0 Komentar untuk "ADUN PAS TAK AKAN TANDATANGAN SD SOKONG AZIZAH"