ShareThis to the world!

Ah Beng Berbogel Di Pulau Pinang, Sukan Bogel Katanya…

Kira-kira dua bulan lalu, ada satu acara yang diadakan di Pulau Pinang dikenali sebagai Sukan Bogel Malaysia 2014 yang menampilkan 18 orang peserta yang berbogel .
Begitulah penerangan untuk sebuah video yang dimuatnaik di laman perkongsian video Vimeo berkaitan sukan seperti ini yang diadakan di dalam negara Malaysia.
Melalui penerangan video itu lagi, sukan yang begitu jijik itu diadakan di sebuah pantai rahsia di negeri pulau mutiara itu dianjurkan oleh Ms Chew.
Di laman Vimeo, ia memaparkan refleksi seorang daripada peserta sukan bogel berkenaan yang hanya dikenali sebagai Justin.
Fullscreen capture 582014 115149 AM
Dalam penerangannya, Justin berkata sukan itu digelar sebagai Sukan Bogel Malaysia-Antarabangsa 2014 Extravaganza, pada kami tidaklah hebat sangat malahan ia hanya dilihat bertujuan menghina budaya rakyat Malaysia yang penuh kesopanan.
Menurutnya, beberapa kumpulan peserta berkumpul di Jeti Teluk Bahang di Pulau Pinang dan berkumpul di sebuah restoran Melayu berhampiran untuk menjamu makanan tengah hari sebelum bertemu mereka yang lain.
Pada pukul 2.30 petang, mereka berjalan kaki ke jeti dan bertemu peserta lain. Seorang peserta yang juga digelar sebagai nudist atau “gemar berbogel; Cweston tidak menghadiri program berkenaan sebaliknya hanya menghantar peserta ke jeti sahaja.
Kesemua 18 peserta berlayar ke pantai rahsia itu dengan menggunakan dua bot.
Pada acara bodoh itu, peserta yang dilihat seperti bangsa Ah Beng yang perasan seperti orang putih memulakan program berkenaan dengan menjadikan diri bogel mereka sebagai kanvas untuk dilukis.
Selepas selesai melukis di atas badan bogel, mereka mula merakamkan gambar kenangan sebelum meneruskan dengan acara seterusnya antaranya, berenang di atas badan, lari berganti-ganti, dan juga acara berjaln ketam.
SukanBogel_2
Jelas sukan ini menghina perlembagaan dan suasana harmoni rakyat Malaysia yang sopan serta ia akan dilihat sebagai provokasi melampau kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Tanpa segan silu mereka ini berbogel di pantai terbuka tanpa ada seurat benang pun. Program berkenaan dijangka akan diadakan lagi tahun depan.
Pihak berkuasa perlu melihat kejadian sukan ini dengan begitu serius kerana ia melibatkan perbuatan mencacatkan pemandangan sopan di tempat awam dan mereka berkelakuan tidak senonoh.
SukanBogel_3_1

Nampaknya di negeri yang ditadbir oleh DAP ini, apa-apapun boleh dilakukan sampaikan berbogel di pantai pun sudah boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan.
Di beberapa laman blog, penganjuran sukan bodoh ini sudah mula menerobos dinding politik apabila parti PAS dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang dilihat seperti menutup mulut dalam isu ini.
Sedikit sebanyak, tindakan parti yang mengaku mendokong perjuangan Islam itu akan dipersoalkan dalam isu ini yang biarpun nampak seperti terpencil namun jika ia tidak dibendung ia akan menular menjadi satu isu besar.
Program berkenaan jika sekali imbas, ia mirip kepada program pesta seks yang dianjurkan oleh pasangan blogger seks Vivian dan Alvin tetapi ianya dilakukan di dalam bilik tetapi rakaman dan gambar pesta seks berkenaan dimuatnaik ke dalam sebuah blog seks.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kemudiannya sudah pun bertindak menutup blog berkenaan.



sumber: – MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Ah Beng Berbogel Di Pulau Pinang, Sukan Bogel Katanya…"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info