Selepas bergandingan sebagai kekasih dalam filem Biasan, bibit-bibit cinta nampaknya mula berputik dalam diri Lana Nodin dan pendatang baru, Mas Khan.
Bagi pemilik nama sebenar, Mazlina Hasan Nodin, 34, ini, dia mengakui selesa berkawan dengan jejaka berusia awal 20-an itu.
“Sebenarnya, kami baru berkawan empat bulan tetapi sudah kenal agak lama sebelum itu. Walaupun usianya masih muda, Mas seorang yang matang dan cukup memahami.
“Saya tertarik dengan Mas kerana dia seorang yang romantik dan tidak suka meninggikan suara. Terus terang, saya tidak suka lelaki yang panas baran,” katanya.
“Saya tertarik dengan Mas kerana dia seorang yang romantik dan tidak suka meninggikan suara. Terus terang, saya tidak suka lelaki yang panas baran,” katanya.
Lana yang pernah dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bersama pelakon Johan As’ari mengakui, dia perlu lebih berhati-hati sebelum melangkah ke fasa yang serius dalam perhubungan lagi.
sumber:mymtero.com
0 Komentar untuk "Mas romantik, cukup memahami"