ShareThis to the world!

Remaja 14 Tahun Hilang ‘Mahkota’ Dalam Tandas


Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai 
‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang
pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua 
sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki 
tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di 
sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.

Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan 
terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah
pada hari berkenaan.

Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat 
laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, 
berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 
Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan
lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng
sekolah.









































sumber:http://funstimes.blogspot.com/2014/10/remaja-14-tahun-hilang-mahkota-dalam.html
0 Komentar untuk "Remaja 14 Tahun Hilang ‘Mahkota’ Dalam Tandas"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info