ShareThis to the world!

2 Sahabat Mati Berpelukan Di Dasar Kolam

matiKehilangan dua sahabat sejak dua hari lalu terjawab apabila mayat mereka ditemui di dalam sebuah kolam ikan dekat Jalan Ipoh-Lumut di sini semalam.
Mohammad Zhairii Shahuddin, 27, dan Mohd. Yati Yeop Ahmad, 42, dijumpai dalam keadaan berpelukan di dasar kolam sedalam tiga meter oleh pasukan Unit Penyelam Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah pada pukul 8.28 pagi.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam berkenaan pada pagi Sabtu lalu.
Selepas 24 jam tidak pulang ke rumah, keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangan mereka di Balai Polis Pusing di sini.
“Kita percaya dua mangsa itu sedang menjala ikan sebelum terjatuh dengan seorang daripada mereka cedera di kepala,” katanya
0 Komentar untuk "2 Sahabat Mati Berpelukan Di Dasar Kolam"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info