ShareThis to the world!

Bapa tembak mati anak sebelum bunuh diri di pusat YWCA


BEBERAPA kereta polis kelihatan di luar bangunan YWCA di Manchester, dalam negeri New Hampshire kelmarin.- AP


MANCHESTER - Pertemuan seorang bapa dengan anak lelakinya di pejabat Persatuan Belia Wanita Kristian (YW- CA) di sini berakhir dengan tragis apa- bila dia menembak mati mangsa sebelum bertindak membunuh diri.
Pihak berkuasa menyatakan, insiden itu berlaku pada satu sesi lawatan di pusat berkenaan, dalam negeri New Hampshire sekitar pukul 10 pagi waktu AS kelmarin.
Ketika kejadian, Savyon Muni, 54, sedang melawat anak lelakinya yang berumur sembilan tahun, Joshua Sav- yon dengan turut diiringi oleh seorang penyelia YWCA.
Menurut pihak berkuasa AS, Muni tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das temba- kan ke arah anaknya sebelum menem- bak diri sendiri.
Lelaki berbangsa Yahudi itu dilapor- kan pernah membuat ancaman untuk membunuh diri dalam satu e-mel kepada seorang rakannya sebelum hari kejadian.
Pusat YWCA dibuka untuk lawatan yang dikawal selia serta pertukaran penjagaan kanak-kanak pada setiap hujung minggu.
"Apa yang menyebabkan dia meng- ambil nyawa sendiri dan nyawa anaknya? Saya tidak fikir sesiapa pun dapat mencari jawapan itu," kata seorang paderi Yahudi, Levi Krinsky.
Menurutnya, Muni pernah beberapa kali mengunjungi rumah ibadat Yahudi di tempatnya.
Kata Krinsky, mangsa kelihatan tertekan selepas pulang daripada menghadiri majlis pengebumian bapanya di Israel pada minggu lalu.
Namun, kata paderi itu, tiada tanda- tanda dia akan mencederakan orang lain atau dirinya sendiri. - AP


0 Komentar untuk "Bapa tembak mati anak sebelum bunuh diri di pusat YWCA"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info