ShareThis to the world!

Chong Wei Adalah Pesaing Yang Hebat, Kata Lin Dan


Chong Wei Adalah Pesaing Yang Hebat, Kata Lin Dan

BEIJING – Juara dunia lima kali, Lin Dan menyifatkan musuh tradisinya Datuk Lee Chong Wei sebagai pesaing yang hebat walaupun lawannya itu menarik diri selepas mengalami kekejangan pada set ketiga perlawanan akhir Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou hari Ahad.
“Chong Wei bukan lagi lawan seperti sebelum ini…saya mengucapkan terima kepadanya kerana dia adalah pesaing yang hebat,” kata pemain China itu kepada stesen televisyen CCTV selepas merangkul gelaran dunia kelima itu.
Lin Dan juga menghargai setiap perlawanan dengan musuh tradisinya itu dan menurutnya peluang untuk bertemu dengan Chong Wei semakin sedikit.
Jaguh China itu merangkul kejuaraan itu dengan keputusan 16-21, 21-13, 20-17 (menarik diri) walaupun sudah setahun tidak beraksi di pentas dunia. – BERNAMA
0 Komentar untuk "Chong Wei Adalah Pesaing Yang Hebat, Kata Lin Dan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info