ShareThis to the world!

United Juara Perisai Komuniti

MANCHESTER United muncul juara Perisai Komuniti selepas menewaskan Wigan 2-0 di Wembley, malam tadi untuk memberikan pengurus baru mereka, David Moyes trofi sulung bersama kelab itu.
Kemenangan pada aksi pembuka tirai perlawanan sumbangsih bagi musim baru Liga Perdana Inggeris 2013/2014 itu terhasil menerusi dua jaringan peledak utama United, Robin van Persie pada minit ke-6 dan ke-59.
Biarpun ia kejuaraan sulung Moyes bersama United, bekas pengurus Everton itu menganggap ia adalah kejuaraan ke-50 dan terakhir buat pengurusan lama kelab itu yang diketuai Alex Ferguson.
“Ia pasukan beliau (Ferguson) yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu. Jadi kemenangan hari ini ditujukan kepada Ferguson.
“Kejuaraan selepas ini barulah menjadi hak saya. Jadi terima kasih kepada Ferguson kerana membantu saya berada di kedudukan ini,” kata Moyes.
Mengenai sentuhan Van Persie, Moyes berkata: “Saya cukup kagum dengannya. Mudah untuk bekerja dengannya. Dia senang menerima arahan dan cukup membantu.”
Selesai aksi sumbangsih itu, maka saingan Liga Perdana Inggeris 2013/14 bakal membuka tirai, hujung minggu ini.
SABTU 17 OGOS
Liverpool lwn Stoke City (7.45 mlm)
Arsenal    lwn Aston Villa (10 mlm)
Norwich City lwn Everton (10 mlm)
Sunderland lwn Fulham (10 mlm)
West Brom lwn Southampton (10 mlm)
West Ham lwn Cardiff City (10 mlm)
Swansea lwn Man United (12.30 mlm)
AHAD 18 OGOS
Crystal Palace lwn Tottenham (8.30 mlm)
Chelsea     lwn Hull City (11 mlm)
SELASA 20 OGOS
Man City lwn Newcastle (3 pagi)
sumber:mynewhub.my
0 Komentar untuk "United Juara Perisai Komuniti"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info