ShareThis to the world!

Dortmund bermula cemerlang

  • Robert Lewandowski terus pamer bisa bantu Dortmund kalahkan Augsburg 4-0.Robert Lewandowski terus pamer bisa bantu Dortmund kalahkan Augsburg 4-0.
 1 / 1 
KELAB Borussia Dortmund memulakan kempen Bundesliga dengan langkah bergaya apabila menang 4-0 ke atas Augsburg di Arena SGL, awal pagi semalam.

Patrick Aubame yang tampil sempurna pada penampilan sulungnya di Liga Jerman dengan mencetak hatrik iatu di minit 24, m-66 dan m-79.

Sementara itu, Robert Lewandowski meledak gol keempat Die Borussen menerusi sepakan penalti m-86.

Pengurusnya, Juergen Klopp akui bangga keseluruhan prestasi dipamerkan pemain sepanjang babak permainan.

"Kami mencipta gol yang luar biasa dan mengakhiri pertandingan dengan penuh keyakinan.

“Tak banyak kemenangan dengan jaringan 4-0 di tempat lawan. Itulah yang membuat saya bangga,” katanya.

sumber:sinarharian
0 Komentar untuk "Dortmund bermula cemerlang"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info