ShareThis to the world!

Dua gol Persie julang United

Dua gol Persie julang UnitedPersie (kiri) merai jaringannya bersama rakan sepasukan United ketika menentang Wigan dalam saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.
London: Dua jaringan Robin van Persie menghadiahkan trofi kompetitif pertama buat Manchester United musim ini hasil kemenangan 2-0 ke atas Wigan dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley, semalam. 

Ia juga kejuaraan pertama buat pengurus baru United, David Moyes yang mengambil alih tugas Alex Ferguson pada penghujung musim lalu dalam perlawanan yang menampilkan dua lawan daripada dua saingan liga berbeza sejak 1980. 

Berdepan juara Piala FA, Wigan yang beraksi dalam Liga Kejuaraan musim ini selepas tersingkir musim lalu, United tidak berdepan banyak masalah dan membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Van Persie. 


Sentuhan Giggs 

Bermula dengan gerakan pemain tengah veteran, Ryan Giggs yang melorongkan bola cantik kepada Patrice Evra, Van Persie yang tidak dikawal mudah melonjak untuk menanduk masuk gol hasil hantaran Evra menewaskan penjaga gol Wigan, Scott Carson. 

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan beberapa peluang turut terhidang namun tiada jaringan dapat disaksikan sehingga babak pertama berakhir yang menyaksikan Moyes hampir menurunkan kesebelasan utamanya tanpa kelibat Wayne Rooney yang berdepan kecederaan dan kontroversi. 

Masuk babak kedua, Van Persie sekali lagi menunjukkan betapa dia penyerang utama di United selepas meledak 30 gol musim lalu dengan meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil daripada gerakan mudah Danny Welbeck sebelum meledak rembatan yang mengenai kaki pertahanan Wigan yang mengelirukan Carson. 
Kemenangan jelas melegakan Moyes yang mengharungi perlawanan pra musim kurang memuaskan termasuk kekalahan di Thailand dan Jepun bulan lalu selain terpaksa berdepan kontroversi perpindahan bintangnya, Rooney. - Agensi
0 Komentar untuk "Dua gol Persie julang United"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info