ShareThis to the world!

George Lucas dapat anak perempuan pada usia 69 tahun


GEORGE LUCAS (kiri) dan isterinya, Mellody Hobson menghadiri majlis Anugerah Emmy di Los Angeles baru-baru ini.di Beverly Hills pada 16 Jun lalu.- ap


NEW YORK - Pencipta filem sains fiksyen Star Wars, George Lucas dan isteri baharunya, Mellody Hobson menyambut kelahiran bayi perempuan mereka pada Jumaat lalu.
Seorang jurucakap pembikin filem berusia 69 tahun itu mengumumkan kelahiran tersebut kelmarin.
Bayi berkenaan yang dinamakan Everest Hobson Lucas merupakan anak pertama pasangan itu yang berkahwin pada Julai lalu.
Bayi yang kini berusia enam hari itu dilahirkan melalui pembedahan. Hobson merupakan isteri kedua Lucas. Wanita kulit hitam itu ialah presiden syarikat pelaburan Ariel dan pengerusi studio animasi Dreamwork.
Lucas juga mempunyai dua anak perempuan yang masing-masing berusia 32 dan 25 tahun hasil perkahwinan terdahulu serta seorang anak lelaki berusia 20 tahun.
Dia sebelum ini berkahwin dengan penerbit filem Amerika Syarikat, Marcia Lou Griffin. - AP


0 Komentar untuk "George Lucas dapat anak perempuan pada usia 69 tahun "

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info