Hanya Allah SWT saja yang tahu siapa berbohong! Saya percaya orang berbohong dan bersalah akan menerima balasan.
Kita tunggu masanya akan tiba suatu ketika nanti.
Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan raya anak-anak?
Kenapa ketika berada di Jepun baru nak SMS saya?
Saya boleh pula menyediakan kelengkapan anak-anak sebelum puasa.
Saya juga sibuk, tetapi masih ingat tanggungjawap terhadap anak-anak.
Apabila pulang dari Jepun, kenapa tidak beri duit belanja raya?
Kenapa pada hari raya keempat baru teringat nak beri duit raya?
Nampak sangat dia tiada langsung ciri-ciri bapa bertanggungjawab.
Apabila saya cakap dan bising, dia cakap saya burukkan dirinya!
Saya sudah lama menahan sabar dalam tempoh masa empat tahun in.
Saya tidak nafikan, Aidil ada memberi nafkah tapi hanya tahun ini saja baru setiap bulan beri duit.
Tahun lepas mana sejak Januari?
Mana bukti dan tolong tunjuk!
Dia mempertikaikan apa yang tidak cukup? Saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dulu saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya.
Mana dia pernah ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!
Dulu, kadang kala dia hanya beri RM500 saja untuk anak, dia bukan tahu keperluan makan dan susu anak mahal ke murah!
Hidupnya main bola dan balik makan saja.
Dia tak pernah ambil tahu belanja dapur!
Tapi saya jenis tidak berkira asalkan hidup bahagia dan tidak bergaduh.
Jangan nak menafikan hakikat itu.
Dia ni spesies manusa tidak pernah kenang budi ketika tidak berduit dulu.
Bila sudah senang, lupa diri.
Tapi tidak mengapa, Allah SWT Tahu apa yang berlaku.
Saya tidak takut!
Saya juga pelik bila pula masanya saya tuduh adik dan kekasihnya dalam kenyataan saya tempoh hari?
Ada saya menyebut nama mereka?
Dia ni sebelum kantoi, tuduh saya buat fitnah, tapi apabila satu Malaysia tau, dia SMS pada saya dan cakap “suka hati akulah nak berkahwin dengan sesiapa”.
Saya nak gelak pun ada..
Hari tue, berjanji nak datang jenguk anak-anak tapi bila tiba harinya, batang hidung pun tak nampak.
Dia ingat saya duduk rumah goyang kaki agaknya.
Kerja saya banyak tergendala kerana janji kosongnya.
Cakap depan hakim di mahkamah nak jumpa anak pada Ahad, tapi SMS beritahu tak dapat datang.
Soal tidak balik ke rumah keluarganya, saya nak tanya Aidil, tanyalah mana-mana wanita, siapa nak balik jika dia pun asyik kena marah, ada ketika pernah kena sepak terajang dengan keluarganya.
Mungkin Aidil lupa, dia pernah beritahu saya dan kawan saya.
Tidak dinafikan ibu bapanya pernah datang ke hospital ketika saya melahirkan Airit Rayyan.
Tapi mereka tidak mahu berjumpa dengan ahli keluarga saya.
Bila saya cakap jumpa dengan mama saya dulu, mereka terus tergesa-gesa mahu pulang.
Elok ke perangai macam itu?
Itukah gaya orang nak merapatkan hubungan?
Di situ pun sya dapat menilai mereka ikhlas atau tidak.
Saya bukannya tidak mahu berjumpa keluarga Aidil, tapi kadang kala apabila terkenang kejadian kena halau ketika mengandungkan Rayyan, saya jadi trauma.
Saya akan pergi keluarganya tunjuk perangai baik.
Saya selalu mengirimkan makanan dan tanya khabar mereka.
Tapi saya terkejut apbaila tercetus pergaduhan, apabila saya cuba hubungi bekas mentua, dia tidak melayan saya lagi.
Di situ sudah nampak, mereka memang tidak suka saya sejak dulu.
Tidak mengapalah tidak menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya tanyalah khabar cucu.
Itupun susah untuk mereka lakukannya.
Tapi saya hairan, mereka aa hati nak merebut anak-anak saya.
Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya.
Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook.
Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi.
Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran.
Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.
Macam mana saya nak balik ke rumah keluarganya?
Seperkara lagi, saya dan keluarga pernah mahu pergi melawat bapanya yang kononnya sakit, tapi Aidil berkeras tidak mengizinkannya.
Saya pelik sangat-sangat.
Sekarang nak mempersalahkan saya pula.
Dia yang tidak pandai nak menjernihkan hubungan saya dengan keluarganya.
Keluarga saya selalu tanya dan nasihat pada Aidil supaya merapatkan saya dan keluarganya, tapi dia gagal melaksanakannya.
Mengaku sajalah Aidil.
Dia pun pernah buat pengakuan pada abang dan keluarga saya.
Dulu, saya tidak berani berkata-kata tapi tidak sekarang.
Saya mahu bangkit untuk mempertahankan diri.
Tidak perlulah saya cerita semuanya. Aidil kena ingat, sejak kena halau dari rumahnya, sejak itulah bermula titik hitam dalam hidup kami.
Sikap mereka menjadikan saya lebih keras hati.
Minta dia tengok semula SMS atau dia tak pandai membaca?
Lagipun itu tanggungjawab dia (beri duit nafkah).
Aidil ada ucap terima kasih pada saya melahirkan zuriat dia dan tolong sara keluarga?
Tak pernah sekalipun. Sekarang pun dia tidak pernah ucapakan terima kasih dan bersimpati pada saya yang menjaga anak-anak soerang diri.
Dia pun tidak boleh nak uruskan anak jika saya tinggalkan mereka sekejap.
Tapi dia tiada hati perut, sejak keluar rumah, dia membebankan saya dengan kes mahkamah dan macam-macam hal. Soal skandal, tak perlulah cakap saya tuduh. saya bukan boleh pasang CCTV di mana-mana.
Semua ini adalah petunjuk. Allah SWT tidak akan menutup apa yang dilakukan terlalu lama. Sampai masa, Allah sendiri akan buka aib dia.
Aidil tentu tahu apa yang dilakukan. – Berita Harian
0 Komentar untuk "Luahan Panjang Isi Hati Rita Rudaini…"