Perkahwinan Di Bawah Umur
Tragedi Perkahwinan Paksa
Kisah perkahwinan paksa yang berakhir dengan tragedi adalah secebis kisah
dari Nigeria yang ingin kita kongsikan bersama.
Perkahwinan kanak-kanak adalah perkara biasa di Nigeria terutamanya dikhala-
ngan penduduk Islam dan miskin. Bagi keluarga miskin ini, perkahwinan adalah
cara terbaik untuk mengurangkan beban. Jika mereka mengahwinkan anak
mereka bermaksud, satu suapan sudah berkurangan.
Malangnya tidak semua perkahwinan yang diatur membawa kebaikan. Mungkin
kepada keluarga ianya adalah kebaikan. Tapi tidak kepada empunya diri.
Inilah yang terjadi kepada pasangan Wasila Umaru dan Umaru Sani.
Wasila Umaru yang berusia empat belas tahun, dipaksa mengahwini Umaru Sani
yang berusia 35 tahun. Perkahwinan ini berakhir dengan tragedi apabila Wasila
Umaru bertekadmengakhiri perkahwinan tersebut dengan cara membunuh
apabila mencampurkan racun tikus kedalam hidangan nasi yang disediakan
untuk meraikan perkahwinan mereka.
Akibat keracunan, Pengantin lelaki dan rakannya meninggal dunia pada hari
yang sama, manakala dua lagi mangsa meninggal di hospital keesokan hari.
Umaru mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana dia dipaksa untuk
berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak suka. Kesian dengan nasib
mereka ni. Gadis malang ini kini berdepan dengan hukuman penjara seumur
hidup.
Alhamdulillah kita di Malaysia masih terkawal, biar pun ada juga kes-kes terpencil. Akibat kemiskinan macm-macam boleh berlakukan.
sumber: isulagi.blogspot.com
0 Komentar untuk "BONGKAR! TRAGEDI PERKAHWINAN PAKSA"