ShareThis to the world!

8 Filem Paling Top Di Dunia Diharamkan Di Malaysia



Filem ini adalah sebuah karya berbentuk hiburan yang sememangnya siminati oleh setip lapisan masyarakat tidak mengira usia. Pelbagai filem dengan genre yang berbeza ditampilkan setiap tahun.

Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehinggah menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) jugasentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsur seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

Jadi kali ini, kami ingin menyenaraikan lapan filem buah filem antarbangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayangkan di Malaysia.


Filem yang diangkat dari sebuah novel Popular "Fifty Shades Of Grey" ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu Uinted International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakotan Jonson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornologofi.


Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton di internet.


Filem yang dibintagi pellakon hebat Leonardo Dicaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia keranaterdapat unsur lucah pada babak bogel serta seksi. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod pengguna perkataan lucah 'f**k' paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem ituatau 2.81 kali seminit. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di Malaysia.


Jika sebelum ini filem pertama Gareth Evans "The Raid: Redemption" pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu "The Raid 2: Berandal" ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.


Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi iaitu wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiar Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain Malaysi, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrani, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkn tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Waston. Malah institusi terkenal Islm di mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan ftwa yang mengharamkan filem ini.


Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.


Filem seram tempatan "Dukun" arahan pengarah Hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti kan oleh orang ramai pada tahun 2007. "Dukun" Merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berfrofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengambil ilmu hitam. Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.


Filem yang diharamkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini seppatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem "Banglasia" telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negar (LPF) dan Kementeriaan Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika prosis kelulusan filem. Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatanrasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula. Malah "Banglasia" turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial You Tube atau dijual di pasaran secara haram dan pihak yang menayangkan filem di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.
0 Komentar untuk "8 Filem Paling Top Di Dunia Diharamkan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info