Kehidupan seorang artis sentiasa diperhatikan peminat hiburan baik dari segi fesyen pakaian, hinggalah tingkah laku.
Terbaharu, heboh kontroversi mengenai pengacara yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin, Marion Caunter.
Ia berpunca daripada sekeping gambar yang diambil ketika menyambut hari lahir seorang rakan lalu dimuat naik Marion di laman Instagram.
Aksi Marion dalam gambar itu mencetus perasaan kurang senang peminat apabila dia kelihatan seperti berdoa bukan cara Islam.
Namun, ada peminat mempertahankan Marion dengan mendakwa posisi tangan seperti itu tidak melambangkan apa-apa dan sama sekali tidak berkait dengan mana-mana agama.
Seperti diketahui, terdapat ramai ‘pendakwah’ di akaun Instagram artis sekarang, namun bagaimana baik pun niat mahu menegur, kami rasa moleklah gunakan bahasa dan cara berhemah.
Apatah lagi Marion merupakan saudara baru.. sepatutnya tegurlah dengan cara lembut ye dak?
Fikir-fikir pelik juga dengan perangai ramai orang yang suka rela jadi ‘polis moral’ di laman-laman Instagram artis sekarang ni.. adakah mereka benar-benar mahu berdakwah atau niat sebenarnya mahu mencuri perhatian orang?
Kalau betul mahu berdakwah, adakah laman sosial ibarat album peribadi online selebriti merupakan medium terbaik?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA
0 Komentar untuk "Marion Dihentam Di Instagram Kerana ‘Berdoa’"