ShareThis to the world!

Lagi Video Kes Buli Di Asrama Tersebar !



Kes buli melibatkan pelajar sekolah macam tak pernah surut pula kebelakangan ini, apabila ada saja rakaman video terbaharu yang menjadi viral di laman sosial.
Hari ini, satu lagi klip video menjadi perbualan hangat kerana memaparkan adegan samseng sekumpulan remaja membelasah seorang pelajar tanpa belas.
Dalam video berdurasi 6:52 saat ini, beberapa pelajar lelaki dilihat membuli mangsa dengan menendang dan memukul menggunakan peralatan seperti penyangkut baju.
Mangsa yang tidak mampu berlawan kerana berseorangan, hanya mampu mengelak dan merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Melalui luahan pendapat ditinggalkan di ruangan komen Facebook Oh! Media, rata-rata menganggap kes seperti ini di bawah tanggungjawab pihak sekolah, terutama pengurusan asrama kerana ia melibatkan nyawa dan psikologi mangsa.
Bagaimanapun, terdapat satu komen menjelaskan bahawa kes ini telah pun selesai dan mangsa buli yang juga sepupunya kini berada dalam keadaan baik.
Untitled
Katanya, empat daripada pembuli yang terpapar dalam rakaman itu telahpun menerima hukuman dibuang asrama. Manakala baki dua lagi telah insaf dan kini menjadi kawan kepada mangsa.
Kes tersebut didakwa berlaku awal tahun ini, namun ianya baru mendapat perhatian apabila rakaman tersebut dimuat naik di Internet. Ujarnya lagi, kesemua pelajar terbabit merupakan anak-anak yatim.
Untitled.jpg1.jpg1.jpg1
Untitled.jpg1
Diharapkan dengan pendedahan tentang rakaman kes buli sebegini, ada pihak yang akan buka mata dan tidak memandang enteng kerana ia melibatkan modal insan yang bakal menerajui negara suatu hari nanti.
Pernah dengar ungkapan, ‘kanak-kanak merupakan cerminan masa depan negara’?

























































MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
0 Komentar untuk "Lagi Video Kes Buli Di Asrama Tersebar !"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info