ShareThis to the world!

Wajah Persis Patung Barbie, Tapi Tubuh Bak Hulk…



Jika anda hanya melihat wajahnya, mungkin anda akan menyamakan dia dengan patungBarbie.
Hakikatnya, anda mungkin akan terlopong seketika apabila menyaksikan seluruh tubuhnya.
Apa tidaknya, fizikal gadis Rusia bernama Julia Vins, 18, ini umpama watak adiwira Hulk , sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang atlet angkat berat.
“Orang mengenali saya sebagai ‘Muscle Barbie’. Saya sukakannya.
“Saya mempunyai mata yang besar dan cantik selain mengenakan solekan. Tapi, pada masa yang sama, saya seorang yang gagah.
“Saya boleh mengangkat beban sehingga 180 kilogram. Saya mahu membina otot tubuh saya sebesar yang mungkin,” katanya yang juga pemegang tiga rekod dunia dalam sukan tersebut.
julia
julia 2
Ditanya mengenai pandangan negatif sesetengah lelaki dengan tubuhnya, Julia menyifatkan mereka hanya cemburu dengan pencapaiannya.
Hmm…kalau gadis secantik ini mampu mempunyai tubuh sebegini, amacam kaum lelaki di luar sana?
Tak rasa tercabar ke? Opps… – MYNEWSHUB.CC
julia 3
barbie
Oleh: Elza
0 Komentar untuk "Wajah Persis Patung Barbie, Tapi Tubuh Bak Hulk…"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info