ShareThis to the world!

KENA TETAK AKIBAT DITEGUR..APA BERLAKU SETERUSNYA???LIHAT VIDEO INI..



INILAH bahayanya mengambil arak dan segala sesuatu yang memabukkan.
Baru-baru ini, seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas menegur sekumpulan lelaki yang sedang mabuk.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12 pagi, Selasa, di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur.
Detik-detik mangsa ditetak berjaya dirakam oleh seorang saksi dan kemudian dikongsi di laman Facebook Friends Of PDRM.
Rata-rata netizen mengecam tindakan kumpulan pemuda terbabit dan meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan.
“Ini macam punya orang jangan bagi muka kalau dapat kasi ajar dia betul-betul dalam balai. Nak sangat jadi gangster masuk lokap or penjara then kita tengok tahap gangsterkau kat mana nanti. Kau relax je polis Malaysia bukan bodoh,” tulis New Muhammad Syahizzat.
“Tetak orang macam tebas lalang, tangkap mereka ni kemudian tetak juga. Baru rasa,”komen Khairulsabri Khairul.
2
Difahamkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, tangan kiri dan kanan serta kaki sebelah kiri telah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan kecemasan. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "KENA TETAK AKIBAT DITEGUR..APA BERLAKU SETERUSNYA???LIHAT VIDEO INI.."

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info