ShareThis to the world!

Peminat anggap Affleck tidak sesuai jadi Batman


LOS ANGELES, California - Pemilihan anak emas Hollywood, Ben Affleck sebagai Batman yang baharu menimbulkan kemarahan ramai peminat adi wira berkenaan kelmarin.
Mereka menzahirkan kemarahan di laman sosial Twitter dan mengadakan petisyen agar pemilihan watak tersebut dilakukan sekali lagi.
Perkembangan itu menyusul selepas pengumuman oleh Studio Warner Bros pada Khamis lalu bahawa Affleck akan melakonkan watak Batman seterusnya.
Afleck menjadi hero kesayangan Hollywood selepas filem lakonannya, Argo dinobatkan filem terbaik Anugerah Oscar.
Penampilan pertamanya sebagai wira penyelamat bandar raya Gotham itu akan ditayangkan di pawagam pada 2015. Filem tersebut turut menampilkan Henry Cavill sebagai Superman.
Namun, ramai peminat tidak bersetuju dengan langkah Studio Warner Bros memilih Afleck sebagai Batman.
Setakat ini, lebih 20,000 orang telah menandatangani satu petisyen di laman web change.org untuk mendesak Warner Bros menggugurkan pelakon berusia 41 tahun itu.
"Kami tidak yakin dia layak membawa watak Bruce Wayne ibarat pepatah jauh panggang dari api," menurut petisyen tersebut
"Affleck tidak cukup sasa atau digeruni untuk membawa watak Batman," tambah kenyataan sama.
Satu petisyen serupa turut dimuat naik di laman web White House selama beberapa jam sebelum dipadamkan.
Ramai peminat adi wira berkenaan memilih pelakon lain termasuk aktor Josh Brolin dan Matt Damon sebagai ganti Affleck. - AFP




0 Komentar untuk "Peminat anggap Affleck tidak sesuai jadi Batman"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info