SYAWAL tahun ini merupakan kali pertama penyanyi Siti Sarah Raisuddin menyambutnya tanpa kehadiran insan paling dikasihinya, ibunya Nooraini Mohamad yang pulang ke rahmahtullah di Hospital Ampang pada 26 Jun lalu.
Ketika ditanya perasaannya, Sarah nyata dalam gelak ketawanya tidak dapat menahan perasaan hibanya beraya tanpa arwah ibunya yang meninggal dunia kerana penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
” Perasaaanya tak mungkinlah saya gembirakan, itu semua orang pun tahu. Saya dah terlalu banyak kali ditanya soalan ini, saya jadi sangat sedih dan perkara ini akan membuatkan saya bertambah sedih,” katanya ketika ditemui Mynewshub, baru-baru ini.
Kehilangan ibunya itu turut memberi impak dalam persiapan rayanya bersama suaminya, Shuib Sepahtu serta kedua-dua anaknya, Uwais Al-Qarni, 2, dan Dzhakira Talita Zahra yang kini baru mencecah usia dua bulan.
“Yang sebenarnya, kami tak bersiap apa-apa pun. Kuih raya satu apa pun takde, baju raya pun tak beli.
“Namun persiapan raya lebih kepada anak-anak. Tahun ini tak meriah sangat, walaupun raya dah dekat (ketika artikel ini ditulis), saya belum buat apa-apa persiapan pun, tengoklah ‘last minute’ perancangan kita tu macam mana,” kata Sarah lagi.
Shuib yang hanya bercuti selama enam hari tidak lagi membuat keputusan mahu beraya di mana terlebih dahulu sama ada di kampungnya di Muar, Johor atau rumah bapa Sarah, Raisuddin Hamzah yang terletak di Kuala Selangor.
“Balik beraya pun belum ‘decide’ beraya di mana sebab saya cuma dapat cuti enam hari dan terus bekerja,” katanya lagi.
Sementara itu, Shuib dan rakan Sepahtunya, Jepp kini turut bergelar penyanyi apabila mereka terlibat sama dengan album kompilasi raya terbitan KRU Music, Oh My Raya! apabila menyanyikan semula lagu Raya nyanyian asal Jalil Hamid yang telah diberi nafas baru berduet bersama Dato AC Mizal.
sumber:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Sarah Sedih Ditanya Tentang Perasaan Menjelang Lebaran"