ShareThis to the world!

Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K kini sudah berbaik


Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K kini sudah berbaik - Umum mengetahui hubungan Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham memang dingin sejak dulu lagi sehingga peminat masih beranggapan mereka berdua belum berbaik sehingga kini.

Bagaimanapun, beberapa hari lepas sekeping gambar Dato' Siti bersama Datin Tengku Zawiyah dan anak tirinya, Asyraf telah dimuatnaik di laman sosial Instagram. Ekoran itu, orang ramai mula tertanya-tanya samada hubungan dua wanita ini memang sudah berbaik atau belum.

Menerusi laporan Berita Harian hari ini, Dato' Siti mengambil kesempatan untuk membuat penjelasan berhubung gambar itu yang kini sensasi diperkatakan.

Menurut penyanyi itu, dia dan Datin Tengku Zawiyah sudah lama berbaik. Jadi, kemunculan gambar beliau bersama Tengku Zawiyah dan anak tirinya, Asyraf tidak patut disensasikan lagi.

“Gambar itu diambil Asyraf ketika Siti beraya di rumah abang Tengku Zawiyah di Kuala Lumpur, pada hari raya pertama. Suami Siti (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) nak menziarah bekas emak mentuanya yang memang berkumpul di sana. Siti pun sudah beberapa kali bertemu dengannya (emak Tengku Zawiyah)."

“Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik.” 

Pada masa yang sama, Siti turut diminta mengulas tentang pertemuannya dengan bekas isteri Datuk K. Kata Siti, semuanya berjalan dengan lancar dan mereka bersembang seperti biasa.

“Bersempena hari baik bulan baik ini, adalah lebih baik mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia ada.


sumber:  http://ping.busuk.org
0 Komentar untuk "Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K kini sudah berbaik"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info