ShareThis to the world!

Rihanna Lakukan Kesalahan Pegang Trofi Piala Dunia [3 Gambar]

Rihanna Lakukan Kesalahan Pegang Trofi Piala Dunia | PENYANYI Rihanna mendapat kritikan hebat apabila bertindak memegang dan bergambar dengan trofi asli kemenangan pasukan Jerman pada Piala Dunia 2014 yang berakhir pada Isnin lalu.


Daily Mail melaporkan Rihanna dikatakan melanggar peraturan dan etika yang dikeluarkan oleh FIFA yang mana hanya juara dan pemimpin negara sahaja dibenarkan untuk memegang trofi rasmi Piala Dunia.

Rihanna bergambar kenangan bersama dua pemain Jerman iaitu Podolski dan Schweinsteiger. Foto mStar Online

Sehingga kini FIFA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap tindakan penyanyi itu sama ada ingin mengambil tindakan atau sebaliknya.

Rihanna berada di Rio de Jeniero, Brazil untuk menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2014 diantara Jerman dan Argentina.

Jerman bergelar juara Piala Dunia 2014 menerusi jaringan gol oleh Mario Goetze pada minit ke 113 dan sekali gus mencipta kemenangan kali keempat untuk pasukan tersebut.

Dalam pada itu, Rihanna juga dilihat berpesta bagi meraikan kemenangan pasukan berkenaan dan sempat bergambar dengan para pemain Jerman termasuk penyerang utama, Miroslav Klose.





Sumber
0 Komentar untuk "Rihanna Lakukan Kesalahan Pegang Trofi Piala Dunia [3 Gambar]"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info