ShareThis to the world!

Berita Terkini Surau Jadi Tokong Hina Islam Di Resort Johor

Berita terkini surau jadi tokong hina islam di Tanjung Sutera Resort Johor. Pemilik Tanjung Sutera Beach Resort, Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, direman empat hari sehingga Jumaat ini kerana disyaki membenarkan surau di premisnya dijadikan tapak meditasi oleh penganut bukan Islam.
Gambar Pengurus Resort Tanjung Sutera Ditahan Reman
direman
Surau Bakal Dirobohkan
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan untuk merobohkan surau yang dijadikan tapak meditasi oleh penganut Buddha di Kota Tinggi, Johor itu. Mohd Tahrir berkata, langkah berkenaan dicadangkan bagi mengelak kontroversi rumah ibadat yang menjadi perhatian ramai di media sosial berlarutan.
tanjung-sutera-resort-sedili-600x384
Kedudukan Kiblat Surau Diragui
Surau berkenaan turut diragui dari segi reka bentuknya serta kedudukan arah kiblat yang tersasar dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Masjidil Haram. Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut berkata berdasarkan pemerhatian terdapat kesilapan dalam ayat Al-Quran dijumpai di kawasan surau berkenaan yang menambah kecurigaan serta mencemarkan kesucian agama Islam.


Sumber:melvister.com 
0 Komentar untuk "Berita Terkini Surau Jadi Tokong Hina Islam Di Resort Johor "

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info