ShareThis to the world!

SERIUS :GAJI CEO DAN MENTERI MALAYSIA (2 Gambar)


BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA


Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

PEMIMPIN TERTINGGI
Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.

Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan

GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :

Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameroon
£194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]

1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)

2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)

3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)

4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)

5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)

Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Diantara CEO syarikat GLC kta negara gaji yang paling banyak sekali..

1, NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00



2. NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta

Sebulan – RM425,000

Sehari (8jam) – RM14,166

Sejam – RM1,770


Seminit – RM29.51

sumber: http://penpatah.blogspot.com/2013/08/serius-gaji-ceo-dan-menteri-malaysia-2.html
0 Komentar untuk "SERIUS :GAJI CEO DAN MENTERI MALAYSIA (2 Gambar)"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info