Semalam telah berlangsungnya majlis persandingan Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah binti Abdul Manan bersama pasangan, Muhammad Noor Farhan Che Bakar bertempat di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Sehari sebelum majlis tersebut berlangsung, Abby dilihat telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya sekitar majlis berinai dan foto tersebut bagaimanapun telah mendapat kritikan daripada segelintir pengikutnya di laman sosial sehingga ada mengatakan perbuatan tersebut adalah haram.
Bagi membidas semula kenyataan tersebut, Abby telah menjelaskan bahawa perbuatan melukis inai di atas telapak tangan adalah tidak haram dan perbuatan tersebut dikatakan telah menjadi adat di kalangan masyarakat masa kini.
Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan bahawa lukisan yang dilukis itu mestilah berunsurkan tumbuh-tumbuhan ataupun bunga-bungaan dan bukannya makhluk bernyawa seperti haiwan mahupun manusia.
Apa pun, Abby Abadi tetap kelihatan anggun dan cantik di majlis persandingannya dan diharapkan semoga rumah tangga yang dibina akan tetap berkekalan.
Untuk makluman, majlis persandingan pihak lelaki akan berlangsung di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.
Sumber : OhBulan.com
0 Komentar untuk "Abby Abadi Bidas Peminat Kata Inai Haram"