ShareThis to the world!

Adik Tiri Kim Kardashian Luka Terkena Batu Karang

ADIK tiri Kim Kardhasian, Brody Jenner, 30 (Gambar) pada Sabtu memuat naik gambar badannya yang luka akibat bermain luncur air di Kepulauan Mentawai, Indonesia.
Luka-luka yang dialami di bahagian bahu dan badannya adalah akibat terkena batu karang setelah berhadapan tiga ombak besar seperti dilapor Daily Mail.
Sebelum ini, pada dua minggu lalu, Brody baru sahaja mengalami luka di bahagian tubuh yang berbeza ketika berhibur di Indonesia.
“Saya seperti tidak boleh mengalah dengan batu karang,” katanya seperti dipetik di gambar di Instagram tersebut.
Seperti dipetik di laman twitternya, Jenner sangat gembira bercuti di Indonesia.
“Terima kasih tidak terhingga kerana membawa saya ke negara ini, saya mula merasakan ini sebagai rumah kedua,” katanya – Mstar Online
0 Komentar untuk "Adik Tiri Kim Kardashian Luka Terkena Batu Karang"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info