ShareThis to the world!

Siapakah Pasangan Baru Marsha Milan di Propaganza?

622013_marshaxbuang-a
Angin semakin bertiup kencang apabila masih ramai yang berteka-teki siapakah pengacara lelaki yang akan bergandingan dengan Marsha Milan Londoh untuk musim terbaru program hiburan dan gossip Propaganza.
Bakal disiarkan pada 1 September ini, jam 12 tengah hari, Propaganza bakal menampilkan seorang lagi hos lelaki bagi menggantikan tempat pengacara terdahulu, Reza Mohamed yang kini semakin popular di stesen radio Suria FM.
Penerbit rancangan berkenaan, Wan Atiya Wan Ibrahim memberi tahu portal murai.com.my, bahawa identiti dan nama sebenar pengacara lelaki berkenaan terpaksa di rahsiakan sehingga berlangsungnya program berkenaan pada Ahad ini.
Namun katanya, apa yang pasti pemilihan pasangan baru buat Marsha itu memiliki beberapa kriteria penting dalam menarik perhatian ramai dan sesuai dengan rancangan berkenaan yang bercorak hiburan di hujung minggu.
“Apa yang menarik untuk musim baru ini, di mana kedua-dua pengacara akan melakukan aktiviti-aktiviti menarik sesuai untuk hiburan para penonton.
“Menariknya juga kerana pada setiap episod akan ada segmen up close and personal dengan beberapa orang selebriti popular tanah air yang ada kaitan dengan penulisan di dalam akhbar Pancaindera,” katanya.
Selain pengacara lelaki baru, Propaganza juga akan memperkenalkan dua orang wartawan penyiaran yang baru bagi menghangatkan lagi proses pencarian berita sensasi dunia hiburan tanah air.
Kata Wan Atiya lagi, segmen kegemaran ramai iaitu Stailista bagaimanapun masih dikekalkan yang akan dikelolakan oleh Detektif Stailista, Ayie Ali untuk menyiasat fesyen selebriti tanah air, sama ada Stailista atau Opss…
Terdapat beberapa tarikan terbaru yang akan ada di dalam musim ke-3 Propaganza kali ini.
Jadi jangan lupa saksikan wajah baru Propaganza yang akan bersiaran buat pertama kali pada 1 September ini, pada jam 12 tengah hari di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Sumber : Murai Online
0 Komentar untuk "Siapakah Pasangan Baru Marsha Milan di Propaganza?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info