ShareThis to the world!

KL Gangster 2 Tersebar Di Internet, Syamsul Yusof Bengang!!!

Filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.
kl gangster 2 download
Info yang di terima daripada rakan Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada “leak” yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.
kl gangster 2 download
Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana “leak” ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

sumber:Beautifulnara.com

0 Komentar untuk "KL Gangster 2 Tersebar Di Internet, Syamsul Yusof Bengang!!!"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info