ShareThis to the world!

Akademi Fantasia 2013 Minggu 1: Sani Tersingkir

saniTirai minggu pertama program realiti Akademi Fantasia dikejutkan apabila peserta daripada Singapura iaitu Kamsani Jumahat atau Sani tersingkir pada program yang berlangsung pada malam Sabtu di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, di sini.
Sani, 23, mendapat undian terendah sebanyak dua peratus selepas menyampaikan lagu nyanyian asal Jaclyn Victor berjudul Gemilang.
Pengumuman itu dibuat oleh ‘Inspirer’ minggu ini iaitu Faizal Tahir.
Dalam padaa itu, duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu dengan undian sebanyak 26 peratus.
Sani ketika ditemui memberitahu terkejut dengan keputusan itu namun menganggap rezeki tidak memihak kepadanya.
“Ini bukan pengakhiran buat saya tetapi permulaan dan jika mempunyai rezeki saya akan teruskan karier nyanyian di Malaysia,” ujarnya kepada mStar Online.
Selain Azhael, sebelas lagi peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Nur Nabila Razali (Nabila), 21, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dan Nadia Amira Othman, 20.
Manakala turut mara adalah Chin Teik Meng (Darren), 21, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dan Mohd Faizul Sani, 28 dan peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa).
Tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.
Sementara itu, Faizal berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta telah menunjukkan potensi cemerlang pada minggu ini selain ada di antara mereka telah menunjukkan hala tuju dalam bidang nyanyian.
“Paling menyerlah adalah Indah, Nona dan Faizul yang menunjukkan prestasi cemerlang dan peserta-peserta lain nampak yakin dan selesa ketika berada di pentas,” jelasnya.
Pada minggu pengenalan ini, konsert bertemakan ‘Meraikan 15 Ikon Malaysia’ dan para peserta dibawah bimbingan Faizal dengan susunan muzik terbaharu menerusi lagu pilihan peserta.
Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.
Selain Faizal AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai ‘Inspirer’ iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow.
AF 2013 bersiaran secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya (135) dan ia dihoskan oleh Zizan Razak.
sumber;Mummynemo.com
0 Komentar untuk "Akademi Fantasia 2013 Minggu 1: Sani Tersingkir"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info