ShareThis to the world!

Bekas Ahli Kumpulan Hip Hop Dijatuhkan Hukuman 20 Tahun Penjara, 10 Sebatan

Masih ingat dengan entri kami mengenai bekas ahli kumpulan hip-hop, juga seorang pelakon yang didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun? Gempar satu Malaysia apabila kanak-kanak itu yang kini berusia 14 tahun membuat laporan polis pada tahun lepas kerana dirogol oleh bapa tirinya. Dakwanya, dia telah dirogol oleh lelaki itu sejak berusia 7 tahun.
– sekadar gambar hiasan
Hari ini, Mahkamah Sesyen di Kajang telah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 kali sebatan terhadap lelaki tersebut kerana didapati bersalah merogol anak tirinya pada Februari tahun lepas di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan. Walau begitu, mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Sekiranya anda ingin menonton rakaman Melodi yang memaparkan temubual antara wartawan Michelle dengan ibu kanak-kanak tersebut, video disertakan di bawah:-
P/S: Nama tertuduh dirahsiakan demi menjaga maruah kanak-kanak mangsa rogol yang masih di bawah umur. Kredit info: KOSMO!
0 Komentar untuk "Bekas Ahli Kumpulan Hip Hop Dijatuhkan Hukuman 20 Tahun Penjara, 10 Sebatan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info