ShareThis to the world!

Kedai Merah terbakar

Kedai Merah terbakar
CHUKAI – “Bila dengar benda jatuh, saya segera meluru ke dalam bilik tidur dan tengok lampu kalimantang jatuh ke lantai dan ada api.
“Saya cepat-cepat capai alat pemadam kebakaran dan sembur tapi api tidak padam, sebaliknya makin marak.”
Demikian kata ibu tunggal, Rozi@Rozita Mat Hassan, 34, yang melecur disambar api selepas kedai makannya yang popular dipanggil Kedai Merah di Taman Geliga Permai, di sini, musnah dalam kebakaran jam 5.40 petang kelmarin.
Akibat musibah itu, Rozi bersama adik, Hanafi, 20, dan dua anaknya, Norshahirah Sharifuddin, 10, serta Mohd Sharif, 8, tinggal sehelai sepinggang, malah wang tunai hasil perniagaan yang dianggarkan bernilai RM3,000 juga hangus.
Redah asap selamatkan kereta
Lebih malang, selain melecur pada kedua belah tangan dan kaki, Rozi turut mengalami luka pada jari tangan selepas memecahkan cermin kereta Perodua Kancil miliknya yang berada di belakang kedai menggunakan seketul batu besar bagi mengelakkan kereta itu turut disambar api.
Ketika insiden itu terjadi, mangsa empat beranak berada di bahagian dapur kedai sebelum secara tiba-tiba terdengar bunyi benda jatuh dari dalam bilik tidur.
“Sambil cuba padamkan api, saya jerit minta tolong dan arahkan adik serta dua anak keluar dari kedai. Usaha saya padamkan api gagal kerana api menyambar dinding papan bilik tidur dan asap pula makin tebal, jadi saya redah asap dan keluar ikut pintu belakang lalu mengalihkan kereta.
“Api marak terlalu cepat hinggakan adik lelaki saya tidak sempat selamatkan barang berharga dalam kedai. Selepas keluar dari kedai baru saya terasa sakit di tangan dan kaki, rupa-rupanya saya terkena api,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
“[Gambar] Gadis 8 tahun mati kecederaan dalaman akibat seks malam pertama!
Kira-kira jam 4.15 petang sebelum kebakaran berlaku, Rozi terkejut apabila singki di dalam bilik air pecah gara-gara dua anaknya yang sedang mandi bergurau dan bermain tolak menolak seolah-olah memberi petanda mereka sekeluarga akan ditimpa musibah.
Tidak sempat selamat kucing
Kebakaran itu turut menyebabkan asap tebal menyelubungi bangunan bersebelahan termasuk di hadapan Klinik Haiwan Kemaman yang terletak selang satu lot dari kedai makan tersebut, seterusnya mengejutkan pekerja dan pelanggan dalam klinik terbabit. Mohd Ansari Abd Aziz, 24, yang baru hari pertama bekerja di klinik itu berkata, dia menyedari asap tebal berkepul-kepul depan klinik ketika sedang bersembang dengan pelanggan.
“Menyedari kejadian itu, saya bersama pelanggan dan doktor berlari keluar menyelamatkan diri tetapi tidak sempat bawa keluar kucing yang mendapat rawatan. Selepas bomba sampai baru kesemua kucing dibawa keluar,” katanya.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 30 minit oleh 14 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Chukai dan Kemaman dengan kekuatan dua jentera.
Berjaya kawal api dalam 10 minit Pegawai operasinya, Mohd Suhaini Mohd Ali berkata, pihaknya  menerima panggilan jam 5.53 petang sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Kita berjaya kawal api dalam tempoh 10 minit dan padam sepenuhnya kira-kira jam 6.33 petang. Kebakaran hanya melibatkan kedai makan ini dan api tidak sempat merebak  ke tingkat atas kedai. Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Kejadian yang menimpa keluarga terbabit mendapat perhatian Adun Chukai, Hanafiah Mat yang turut menghulurkan bantuan segera sebanyak RM1,000.
Pihak lain yang ingin menyumbang boleh menghubungi Rozi di talian 010-5791092 – Sinar Harian
0 Komentar untuk "Kedai Merah terbakar"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info