ShareThis to the world!

Kontrak MIG Mengarut – Zed Zaidi

Seperti yang anda ketahui, mereka berdua berkahwin secara rahsia kerana takutkan David Teo dan kontrak MIG yang melara ng artisnya bercinta atau berkahwin.
zed zaidiApabila ditanyakan pendapatnya mengenai perkara ini, Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi menyifatkan kontrak MIG sebagai mengarut dan tak munasabah. Kata Zed Zaidi:-
Kontrak itu mengarut. Siapa mereka (MIG Production) untuk tidak membenarkan orang lain bercinta dan berkahwin, sedangkan itu fitrah Tuhan.
Dari dulu lagi saya memandang syarat produksi itu mengarut kerana siapa kita untuk menghalang perasaan orang lain (bercinta dan berkahwin)? Kontrak itu tidak munasabah dan perlu dimansuhkan kerana adalah tidak wajar mencampur-aduk antara kerjaya dan peribadi.
Kami (SENIMAN) tidak teragak-agak memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Lembaga Buruh Malaysia (LBM).
Kalau itu (bercinta dan berkahwin) pun mahu ditetapkan MIG, kenapa tidak adakan syarat setiap artis naungan mereka juga dihalang berjumpa keluarga masing-masing?
david teo
Dikhabarkan bahawa David Teo dan Zed Zaidi akan berjumpa dalam masa terdekat ini untuk membincangkan isu ini. Mungkin untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku di masa hadapan, kontrak MIG turut sama perlu dirombak serba sedikit untuk memberi kelonggaran kepada artis naungannya. Apa pun, semoga jalan penyelesaian dapat dicari untuk kebaikan semua pihak.
sumber;Beautifulnara.com
0 Komentar untuk "Kontrak MIG Mengarut – Zed Zaidi"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info