ShareThis to the world!

Nora Danish Nafi Terima Hadiah Ferrari & Rumah Daripada Nedim

Fuh~~ Bayangkan kalau kekasih anda menghadiahkan sebuah kereta Ferrari dan sebuah rumah yang berharga RM7.2 juta? Mahu tak gila dibuatnya?Memang boleh terbeliak biji mata tengok kereta Ferrari sebijik depan mata.
nora danish
Namun kesemua itu tidak terjadi kepada Nora Danish. Walaupun heboh diperkatakan kononnya Nora menerima hadiah di atas daripada Nedim Nazri, ternyata ia tidak benar. Kata Nora Danish kepada portalGUA:-
Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia nak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut
Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata.
nora danish
Mana tahu suatu hari nanti kalau Nora dan Nedim betul-betul nak mendirikan masjid, bolehlah jadikan Ferrari dan sebuah rumah sebagai barang hantaran. Buat masa ini, walaupun menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa, Abang Nara lihat banyak pihak yang suka dengan kemesraan yang terpancar dalam hubungan mereka berdua. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

sumber:Mummynemo.com
0 Komentar untuk "Nora Danish Nafi Terima Hadiah Ferrari & Rumah Daripada Nedim"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info