ShareThis to the world!

VIDEO: Bila Zizan Menyamar Jadi PENGEMIS Di Bukit Bintang…

Zizan01
PELAKON dan pelawak Zizan Razak sememangnya seorang pelakon yang boleh membawa pelbagai watak tidak kira, baik atau jahat.
Zizan juga boleh menyamar.
Ada satu video dikongsikan di laman Facebook hari ini dari sebuah laman Facebook menunjukkan Zizan menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta sedekah di Jalan Bukit Bintang.
Bila video yang dipetik daripada satu program televisyen  di saluran Astro Warna ini diambil tidak diketahui tarikhnya.
Rakaman berkenaan bermula pada sekitar pukul 2 petang dengan kamera hanya merakamkan penyamaran Zizan dari jarak jauh.
Zizan mengenakan solekan khas dan pakaian buruk seakan-akan pengemis.
Jelas tidak ramai yang mengenali Zizan dan menghulurkan wang kepadanya selepas beliau berada di situ sehingga pukul 4 petang.
Bagaimanapun, akhirnya ada seorang yang menghulurkan wang kepada Zizan, pihak kru rancangan itu mahu menemubual namun lelaki itu enggan ditemubual dan meninggalkan Zizan. – mynewshub.my


0 Komentar untuk "VIDEO: Bila Zizan Menyamar Jadi PENGEMIS Di Bukit Bintang… "

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info