ShareThis to the world!

Kes Skandal Seksual Adi Putra Dan Isteri Orang Kini Kembali Panas

adi dan isteri


SEPI seketika kontroversi skandal pelakon Adi Putra bersama seorang wanita yang berstatus isteri orang, kini ia seperti bakal menjadi panas semula.
Ia ekoran timbul dakwaan kononnya pelakon popular itu bertemu dengan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.
Adakah benar dakwaan tersebut, hanya Adi sendiri yang mampu memberi jawapannya. Malangnya, percubaan wartawan  untuk menghubungi pelakon drama rantaian hebat Teduhan Kasih itu gagal apabila Adi tidak menjawab telefon mahupun membalas kiriman WhatsApp di telefon pintarnya.
Bagaimanapun, Kosmo! berjaya menghubungi isteri Adi, Aida Yusof untuk bertanya lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Enggan mengiyakan atau menafikan dakwaan tersebut, namun Aida mendedahkan, kes siasatan suaminya sudah hampir ke penghujungnya.
“Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan perkara tersebut. Kalau boleh saya enggan komen apa-apa kerana siasatan masih dijalankan.
“Setakat ini, kami masih belum dapat apa-apa maklumat mengenai siasatan kes kecuali mereka memaklumkan siasatan di bahagian forensik sudah selesai,” jelas- nya.
Disoal bagaimanakah dakwaan tersebut (jumpa orang berpengaruh untuk gugurkan kes) boleh timbul, Aida enggan mengulas lanjut kerana ia boleh mengganggu siasatan polis yang masih berjalan.
Dia juga tidak mahu kenyataannya nanti dibidas orang ramai dan apa yang mampu dilakukan setakat ini hanya menunggu sahaja dipanggil pihak polis apabila kes siasatan selesai.
Buat masa ini, jelas Aida lagi, kehidupannya bersama Adi berlangsung seperti biasa dan tiada apa-apa yang terjejas.
Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita berusia 30 tahun yang berstatus isteri orang.
Suami wanita itu berjaya mengesan hubungan mereka selepas terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika berada di sebuah restoran makanan segera Jalan Skudai-Pontian awal Ogos lalu.
Suami wanita tersebut kemudiannya telah membuat laporan di balai polis berdekatan.
Terdahulu, biarpun kes masih dalam siasatan, Adi pernah membuat pengakuan tidak mengenali wanita itu ketika ditemui pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecanti- kan dan kesihatan.
sumber:Mummynemo.com

0 Komentar untuk "Kes Skandal Seksual Adi Putra Dan Isteri Orang Kini Kembali Panas"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info