ShareThis to the world!

Komen Lucah: Lana Nordin Dakwa Terpaksa SEKAT 10,000 Peminat Di Instagram

Lana Nordin Dakwa Terpaksa SEKAT 10,000 Peminat Di Instagram

PELAKON seksi Lana Nordin terpaksa menyekat hampir 10,000 ribu peminat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara dia sering menerima komen dan kritikan yang melampaui batas dan mengaibkan dirinya.
“Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan.
“Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.
“Ada yang saya dapat kesan satu kumpulan ni, mereka dalam 4, 5 orang pelajar yang belajar di Australia. Mereka ni sengaja bagi komen dan mengutuk saya di Instagram. Lepas tu mereka akan berborak sesama mereka menyatakan rasa puas hati mereka bila mereka tahu saya mula meleting atau membidas kritikan mereka”, kata Lana Nordin ketika ditemui pada malam Shout! Awards yang berlangsung di Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Untitled (1)
Tambah Lana, pada mulanya dia tidak ambil pusing akan kritikan negatif yang diterima namun lama-kelamaan tindakan segelintir peminat ini sudah ke tahap biadap. Kerana itu dia dengan lantang membalas semula komen-komen mereka.
Sepertimana baru-baru ini, Lana memaki peminat-peminat tersebut menerusi akaunnya itu gara-gara komen mereka terhadap salah satu gambar yang dimuat naiknya.
“Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.
“Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.
“Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang”, luahnya.
Perkembangan terbaru, Lana baru saja selesai menjalani penggambaran Lara Cinta Kasih berganding dengan aktor, Hairul Azreen.- malaysiaDigest
Komen Lucah: Lana Nordin Dakwa Terpaksa SEKAT 10,000 Peminat Di Instagramhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Lana-Nordin-seksi-2.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Lana-Nordin-seksi-2-150x150.jpgMyNewsHubmyArtis,,

0 Komentar untuk "Komen Lucah: Lana Nordin Dakwa Terpaksa SEKAT 10,000 Peminat Di Instagram"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info