ShareThis to the world!

PANAS…Siti Nurhaliza Nasihat KJ ‘Jangan Biadap’

10-Siti-Nurhaliza-Bekas-Isteri-Datuk-K-Sudah-Berbaik-ROTIKAYA

Siti Nasihat Khairy Agar Jangan Biadap

Apabila penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, ramai mengaitkannya dengan isu pergeseran antara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.
Tak kurang juga melihat Siti sebagai melenting kerana Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah merupakan sultan di negeri kelahiran penyanyi tersebut.
Bagaimanapun dalam satu jawapan kepada Twitter pengikutnya, Siti memberi tanda bahawa kritikannya itu merujuk kepada tindakan Khairy meminta bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir agar tidak masuk campur urusannya sebagai menteri dengan FAM.

Fullscreen capture 11122013 63006 PM

Sebelum ini Khairy pernah menyifatkan Jamal sebagai ‘budak suruhan’ FAM apabila pergeserannya dengan persatuan bola sepak tersebut dikritik Jamal namun dakwaan itu dinafikan.
Selepas penafian dibuat Khairy dilaporkan mengeluarkan pula kenyataan di media,
“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!”
Dalam Tweet lain, Siti turut menegaskan bahawa pendapatnya itu dibuat atas kapasiti rakyat biasa yang memerhati.
Apa pun, semoga Khairy dan FAM dapat duduk semeja secepat mungkin bagi menyelesaikan segala kekeruhan demi kepentingan bola sepak dan sukan tanahair. –REM RAMZI

no


Fullscreen capture 11122013 63206 PM


ct


sumber:Mynewshub.my
0 Komentar untuk "PANAS…Siti Nurhaliza Nasihat KJ ‘Jangan Biadap’"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info