ShareThis to the world!

Adik bergelut dengan anjing

  • Adik bergelut dengan anjingKautham (kanan) menunjukkan bahagian belakang dan lengan adiknya yang cedera diserang seekor anjing milik penduduk taman perumahan.
 1 / 1 
PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap penyakit jantung berlubang cedera diserang seekor anjing ketika bermain bersama rakannya di padang permainan sekitar taman perumahannya dekat Taman Tun Sambathan, Lukut, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang Sabtu lalu, V Ruban Raj, 11, mengalami luka di bahagian belakang badan dan tangan kanan, selain calar di kaki.

Abang mangsa, Kautham, 22, berkata, berdasarkan apa yang diceritakan adiknya, anjing berkenaan merupakan binatang peliharaan sebuah keluarga di kawasan berkenaan.

Menurutnya, binatang peliharaan itu dibawa oleh seorang kanak-kanak sebelum menghampiri tempat adiknya bermain.

“Sebaik menghampiri kawasan tempat adik saya bermain, anjing itu terus menyerang adik sementara rakan-rakannya yang lain lari menyelamatkan diri. Anjing itu menggigit tangan dan belakang adik dan berlaku pergelutan.

"Sebaik berjaya meleraikan gigitan anjing, adik saya melarikan diri dengan memanjat ke salah satu komponen permainan di situ,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Kautham berkata, adiknya itu mengidap penyakit jantung berlubang sejak kecil dan insiden yang berlaku menambah lagi kerisauan mereka sekeluarga dengan kesihatan Ruban.

“Sebaik kejadian, adik saya terus dibawa ke sebuah klinik swasta, namun segera dirujuk ke Hospital Port Dickson kerana memerlukan rawatan terperinci berikutan dia adalah pesakit jantung,” katanya.

Menurutnya, walaupun pemilik anjing itu ada datang berjumpa dengan keluarganya, namun mereka tetap bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Berikutan kejadian itu juga, Kautham membuat laporan di Balai Polis Lukut.




sumber:sianrharian.com
0 Komentar untuk "Adik bergelut dengan anjing"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info