ShareThis to the world!

Bapa tiri mangsa dera ditahan

Kuala Lumpur: Bapa tiri kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang didera hingga menyebabkan kematiannya Selasa lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.
Sebelum ini, polis turut menahan ibu kanak-kanak terbabit berusia 31 tahun yang yang dipercayai mendera anak perempuannya Nurain Natasyah Abdullah, Rabu lalu sehari selepas kejadian itu dan kini masih dalam tahanan reman.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan jam 4.25 petang kelmarin di tempat kerjanya di Cheras.
Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai jurukimpal kereta ditahan bagi membantu siasatan dan polis percaya dengan tangkapan ini dapat menyelesaikan kes terbabit.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, ibu mangsa mendakwa terpaksa mengambil Nurain Natasyah dan lima lagi anaknya dari sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Ogos lalu, selepas mendapat tahu daripada anak sulungnya bahawa kanak-kanak itu sering dipukul dan dicampak pekerja pusat kebajikan itu.

Bagaimanapun, suspek yang menetap di Sungai Besi, di sini, membawa anak perempuannya itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 11 malam, Sabtu lalu, untuk menerima rawatan kerana mendakwa diserang sawan.
Wanita terbabit ditahan selepas dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, kira-kira jam 5 petang Rabu lalu.

Mangsa Nurain Natasyah Abdullah meninggal dunia pada Isnin lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak dan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera.

sumber:hmtero.com
0 Komentar untuk "Bapa tiri mangsa dera ditahan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info