ShareThis to the world!

Borang Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

Borang pendaftaran permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 secara online. Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan. Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650. 

Manakala isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450. Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014. 

Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Borang Permohonan BR1M 3.0
Syarat Kelayakan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2014
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Terkini: Pengumuman Terkini Permohonan BR1M 3.0

Menerusi kenyataan media, permohonan BR1M 3.0 telah dibuka mulai 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014. 

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 

Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma.
br1m-3.0
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online
Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
proses-br1m
Download Borang BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Nota Penting: Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 telah dibuka mulai 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Panduan Pengguna Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Cara Pembayaran BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan. BR1M 2014 akan mula dibayar mulai bulan Februari 2014.
Kadar Pemberian BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014
Pendapatan isi rumah RM3000 dan kebawah
  • RM650
  • i-BR1M: RM50
Pendapatan isi rumah RM 3,000 hingga RM4000
  • RM450
  • i-BR1M: RM50
Warga Emas berusia 60 tahun dan keatas/ tinggal sebatang kara
  • RM650
  • i-BR1M: RM50
Individu Bujang Berusia 21 Tahun Keatas Dan Bekerja Berpendapatan RM2000 kebawah
  • RM300
daftar
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M)
i-BR1M bernilai RM50 turut diberikan kepada semua penerima kategori Isi Rumah. i-BR1M adalah caruman insuran perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Borang Permohonan BR1M 3.0
Definisi Isi Rumah
(i)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah.
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(ii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah)
Definisi Individu atau Bujang
Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.




Sumber:| melvister.com 
0 Komentar untuk "Borang Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 "

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info