ShareThis to the world!

Bergaduh Dengan Sherpa Di Ketinggian 6,500 Meter, Pendaki Batal Ke Puncak Everest



Kathmandu –  Sekumpulan tiga pendaki Eropah yang terbabit dalam pergaduhan di altitud tinggi dengan penunjuk arah Sherpa Nepal di Gunung Everest membatalkan pendakian mereka dan pulang dari Himalaya, kata sumber pendakian semalam.

Pendaki gunung terkenal Ueli Steck dari Switzerland dan Simone Moro dari Itali ditemani jurugambar pergunungan British Jonathan Griffith, mendakwa mereka diserang ‘sekumpulan samseng di luar kawalan’ Sabtu lalu.

Seorang saksi warga Amerika Syarikat memberitahu AFP bahawa pendaki Eropah itu tidak mengendahkan permintaan daripada pemandu arah Nepal untuk menunggu ketika mendaki dan menyebabkan serpihan ais mengenai pemandu Sherpa di bawah, mencetuskan satu pergaduhan ‘menakutkan’ pada ketinggian 6,500 meter.

“Ketiga-tiga pendaki merancang kembali ke Kathmandu Rabu (hari ini),” kata Mingma Sherpa dari Cho-Oyu Trekking, syarikat yang menganjurkan ekspedisi warga Eropah itu kepada AFP, menambah bahawa mereka kemungkinan menaiki helikopter.

Moro memberitahu PlanetMountain, laman web pendaki bahawa ‘keganasan itu membunuh impian pendakian kami’. – AFP
0 Komentar untuk "Bergaduh Dengan Sherpa Di Ketinggian 6,500 Meter, Pendaki Batal Ke Puncak Everest"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info