ShareThis to the world!

Erin Malek Enggan Terus Dibayangi Kontroversi


Jika sebelum ini namanya sering kali dikaitkan dengan kontroversi, kali ini pelakon remaja Erin Malek enggan lagi membiarkan namanya terus dihurung dengan cerita-cerita kurang baik mengenai dirinya.
Kalau anda masih ingat, Erin sebelum ini pernah menindik lidah ketika di alam persekolahan selain berpakaian seksi di akaun laman sosialnya.
Justeru itu, Erin, 19, telah mengambil langkah untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam bidang seni dan mahu dikenali kerana bakat lakonannya sahaja selepas ini.
“Erin sudah letak segala cerita kontroversi ke tepi, dan mahu memberi tumpuan kepada karier Erin. Kalau boleh selepas ini jika orang bercerita tentang Erin, biarlah berkaitan kerja sahaja,” katanya yang dipetik menerusi akhbar Sinar Harian, hari ini.
Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonannya, Cinderella kini sudah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember lalu yang turut dibintangi oleh Fizo Omar dan Nelydia Senrose.



sumber:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Erin Malek Enggan Terus Dibayangi Kontroversi"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info