ShareThis to the world!

Fletcher bimbang nasib keluarga, dirinya

London: Pemain tengah Manchester United, Darren Fletcher tidak pasti sama ada mampu hidup sebagai manusia biasa pada masa akan datang kerana terpaksa bergantung dengan pelbagai jenis ubat-ubatan ketika ini.
Fletcher menghidap penyakit usus besar yang diserang virus dan hanya kembali diturunkan ketika United menang 3-0 ke atas Aston Villa, Ahad lalu.

Sudah dua kali pemain Scotland itu berehat panjang dalam usaha mencari kaedah terbaik merawat penyakitnya tetapi semuanya buntu.
Ketika dia bersedia menghadapi pembedahan ketiga tidak lama lagi, Fletcher mula bimbang mengenai hidupnya berbanding aksi di Old Trafford.

“Saya langsung tidak boleh keluar rumah,” katanya. “Saya tidak lagi boleh bawa anak-anak ke taman permainan, makan bersama isteri di luar dan lain-lain.

“Penyakit ini membataskan pergerakan. Saya harap dapat menemui kaedah terbaik merawat penyakit ini dan sebab itulah saya memilih untuk dibedah kali ketiga.” Walaupun pembedahan Fletcher itu dijangka tidak bermasalah, kesan daripadanya tetap dirasakan.
Bagi pemain berusia 29 tahun itu, kariernya selepas ini mungkin tidak lagi sama seperti ketika dia menjulang empat gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA serta dua Piala Liga.

“Mungkin selepas pembedahan nanti, saya tidak lagi boleh bermain bola sepak. Jika pembedahan tidak berjaya, sudah tentu saya tidak dapat bermain dan hidup saya lebih sukar lagi.
“Saya harap semua perkara negatif itu tidak berlaku. Saya tidak akan menyerah.” - AFP
0 Komentar untuk "Fletcher bimbang nasib keluarga, dirinya"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info