ShareThis to the world!

Bawah karpet atas DVD

Kuala Lumpur: Kira-kira 35,000 keping cakera padat digital (DVD) pelbagai filem, drama dan lagu Bangladesh dianggar bernilai RM350,000 dirampas dalam serbuan anggota penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah premis dijadikan stor di Jalan Silang, di sini, semalam.
Serbuan diketuai Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Kuala Lumpur, Omar Mohd Bahari bermula jam 3.30 petang bersama 18 anggota dan empat pegawai.

Omar berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 30-an termasuk seorang daripadanya pemegang pasport Singapura dalam serbuan itu.
“Kami menjalankan risikan selama dua minggu selepas mendapat maklumat awam berhubung kegiatan di sebuah premis di Jalan Silang yang dijadikan stor pengedaran DVD dari Bangladesh.

“Modus operandi pihak terbabit ialah menjalankan perniagaan barangan runcit dan karpet di tingkat bawah, manakala semua DVD disimpan di stor tingkat dua premis terbabit yang boleh diakses menggunakan lif khas di belakang. “Siasatan awal mendapati pihak syarikat terbabit didaftarkan atas nama rakyat tempatan dan pernah memohon untuk menjual DVD daripada KDN Putrajaya namun dalam serbuan ini, kami mengesan kira-kira 35,000 keping DVD pelbagai filem, drama dan lagu Bangladesh dianggar bernilai RM350,000. Cakera padat itu dipercayai tidak ditapis,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Menurutnya, DVD terbabit dipercayai untuk edaran Lembah Klang dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mengedar DVD tanpa sijil perakuan B.
Omar berkata, premis berkenaan pernah diserbu pada Januari lalu atas kesalahan sama.

sumber;hmtero.com
0 Komentar untuk "Bawah karpet atas DVD"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info